Monday 9 January 2012

Salam Sejahtera.





Buat pengetahuan pembaca, blog ini diwujudkan adalah dengan tujuan ingin berkongsi maklumat tentang ciri-ciri tradisional yang terdapat pada rumah masyarakat di Melaka. Umum mengetahui, Melaka adalah salah satu negeri dalam Malaysia yang terkenal sebagai tempat yang memiliki banyak nilai tinggalan sejarah selain itu, nilai budaya dan seni yang berakar umbi sejak 600 tahun lampau.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah, Melaka mempunyai kelebihan berbanding negeri lain di Malaysia memandangkan  semua mengenai Malaysia telah bermula di Melaka. Penaklukan kuasa asing terutamanya, Portugis, Belanda, dan Inggeris telah mewujudkan satu identiti Melaka yang unik yang kebanyakkannya masih boleh dilihat pada hari ini. Banyak peninggalan sejarah dari zaman penjajahan kuasa besar ini masih gagah beriri sebagai  membuktikan sejarah silam Melaka.

Berbalik kepada tujuan utama ingin berkongsi tentang ciri-ciri tradisional pada rumah masyarakat Melaka, maka Rumah Warisan Omar Md. Nawi telah dipilih sebagai salah satu rumah yang mempunyai ciri-ciri tradisional Melayu Melaka untuk tatapan pembaca. Selain ingin berkongsikan maklumat, blog ini juga berobjektifkan ingin mendedahkan kita tentang nilai tradisonal Melayu.

Translation

For your information, this blog was created with the purpose to share information about the traditional features found in the home community in Malacca. It is well known, is one of the state of Malacca in Malaysia which is famous as a place with a lot of historic value addition, and cultural values ​​rooted in art since 600 years ago.

As a state rich with history, the place has an edge over other states in Malaysia in view of all of Malaysia began in Malacca. Conquest of foreign powers, in particular, Portuguese, Dutch, and English has created a unique identity in the majority of Malacca are still visible today. Many relics of our colonial history of this great power is still strong beriri as history proves Malacca.

Returning to the main purpose to share the traditional features in the home community of Malacca, the Heritage House Md Omar. Nawi has been selected as one of the houses have traditional features Malacca to readers. In addition to sharing information, this blog also like to expose our berobjektifkan of Malay traditional values​​.